BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, July 31, 2009

Pencemaran Bahasa

Adakah wujud pencemaran bahasa pada masa kini? Apa yang dikatakan dengan pencemaran bahasa?
Pada pendapat saya pencemaran bahasa sememangnya berlaku pada hari ini. Menurut Nik Safiah Karim (1986), pencemaran bahasa merupakan satu keadaan di mana penutur-penutur sesuatu bahasa tersebut menggunakan bahasa mereka dengan tidak gramatis iaitu tidak mengikut peraturan-peraturan bahasa tersebut. Peraturan bahasa ini merangkumi sebutan, pilihan kata, dan susunan frasa dan ayat secara meluas dalam alat-alat sebaran seperti akhbar, televisyen, dan radio. Sekiranya tiada tindakan tegas diambil, mayarakat akan menerima bahasa yang salah itu adalah betul... terdapat beberapa eleman kesalahan bahasa yang terdapat di sekeliling kita. sebagai contoh adalah "teman wanita" disebut "awek/makwe", "kecewa @ melepas" disebut "tangkap leleh", dan "penagih heroin" dikatakan sebagai "mat pit". ini merupakan di antara penggunaan bahasa yang sering digunakan oleh remaja masa kini. namun bagi mereka ini adalah salah satu perkembangan bahasa seiring dengan perkembangan remaja IT masa kini. Jadi tidak hairan la kalau dikatakan bahawa perkembangan bahasa ini wujud pada era ini. tetapi bila difikirkan sekiranya dalam situasi tidak formal, ianya tidak salah...

0 comments: